RSS Feed

Pesta Buku

Posted on

Dengki sungguh saya pada teman-teman di Tanah Air sekarang. Mana tidaknya, saya terlepas untuk mengikuti Pesta Buku Antarabangsa pada tahun ini. Tahun lepas, 2 kali berkunjung ke PWTC itu. Bukan apa, satu hari berkunjung rasanya belum cukup memadai untuk melawat sejumlah jualan buku yang cukup banyak itu.

Tahun lepas, saya mengambil peluang berjumpa dengan Ustaz Hasrizal. Sambil melawat gerai Galeri Ilmu Sdn. Bhd, berjumpa pula dengannya. Maka, dibeli buku ATN yang digilai oleh ramai itu. Beli dan baca!

bukumajalah

Rindu untuk membaca Wasilah, Siasah dan Harakah, tak lupa pada Majalah Anis. Kakak ipar pelik pada saya kerana saya membaca Majalah Anis. Pada saya majalah itu tidak khusus pada wanita pun, banyak yang boleh dibaca. Buku bertajuk ‘Yahudi‘ itu saya tidak sempat khatam betul-betul kerana kekabutan mahu ke UK ini, tetapi sudah dibaca sekilas. InsyaAllah, pulang nanti selama 3 bulan mahu di belek kembali!

pesta-buku-2008-2-8

Salah satu booth di Pesta Buku Antarabangsa 2008.  Ada gambar Tok Guru.

pesta-buku-2008-9

Depan dewan pameran

nazrul-hazeri-at-kinokuniyaGambar ini bukan di Pesta Buku. Gambar ini ketika berada di Kinokuniya Bookstore, KLCC. Yang membelek buku itu sahabat di Kampus Selatan, seorang peminat buku-buku. Dia amat jarang update blog, mungkin kesibukkan projek HSBB yang bernilai billion itu mengikis waktu luangnya. Hehe…

Tahun ini, tidak berkesempatan. Tahun lepas dekat RM 200.00 telah dihabiskan untuk sejumlah buku-buku. Tahun ini, RM0!. InsyaAllah, jika ada kesempatan saya akan mengambil masa untuk ke Masjid India (kedai-kedai buku yang berlambak itu) pulang ke Tanah Air nanti. Dalam perancangan, saya sudah ada beberapa buku yang cukup diminati untuk di beli. Simpan dulu.

Terasa rindu mahu pulang ke tanah air sebab mahu cari buku!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: