RSS Feed

1.45pagi

Posted on

Telefon bimbit berbunyi ‘alarm‘, dipandang jam 1.45pagi…

Teringat mengapa ianya di ‘set‘ sedemikian rupa. Dua hari lepas saya ‘set‘nya pada waktu itu untuk bingkas bangun setelah membeli-belah di Newcastle. Singgah sebentar di Manchester. Bersama saya ‘orang hebat’ dari Tanah Air!

Tidur jam 11.45malam. Dikira jari, 2 jam saja melelapkan mata. Selepas itu memandu pula. Redha, saya perlu lakukan tugas ini. Bergegas bersiap sedia. Masuk tandas, kejut teman, kejut yang lain. Sementelah menunggu, mencari ruang untuk berdoa padaNYA, moga perjalanan selamat.

Beberapa hari sebelum itu, perjalanan telah ditempuh. Satu malam memandu. Jam 1.20pagi hingga jam 4.30pagi. Perjalanan tanpa henti. Sampai destinasi, rehat untuk diberi peluang kepada ‘orang hebat’ bersahur. Katanya, ‘ana sudah masuk 2 bulan puasa selang-seli‘. Kebetulan pagi nanti, tiba hari dia berpuasa. Maka, walaupun jauh dibumi UK, dia masih istiqamah dengan amalan itu.

Ustaz Z berpesan, berbukalah, itukan lebih elok. ‘Orang hebat’ tetap juga mahu meneruskan. Saya simpan dalam kepala amalan yang dia lakukan itu…

Banyak kisah dibicara. Saya cukup bertuah. Seorang teman yang menjadi pembantu kepada saya, selepas pulang terus bersemangat. Status di YM dia sudah berubah. Sudah makin berani! Mungkin ditahun akhir. Suntikan semangat tempohari dalam perjalanan mungkin salah satu. Maaf, saya membuat hipotesis awal. InsyaAllah, akan saya tanya apakah batu lonjatan dia sehingga sebegitu.

Dari cerita politik, organisasi, rumahtangga, masyarakat dan agama telah kami perbincangkan. Cukup indah perkenalan itu. Cukup indah!  Tidak dapat saya tulis dalam satu entri yang ini sahaja. Beberapa persoalan yang terbuku di kepala akhirnya terjawab juga. Alhamdulillah…

dsc01404Bermusafir dan memandu mencari redhaNYA

Nota : Entri ini ditulis beberapa hari yang sudah. Namun, kepenantan menyebabkan ianya di pos agak lambat. Badan masih lagi selsema, penangan memandu di awal kabus pagi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: