RSS Feed

Tenang

Posted on

Satu hari mencari ketenangan. Itu sebenarnya tajuk entri hari ini. Namun, saya suka buat tajuk pendek agar lebih ‘simple‘ dan fokus.

Cuti Easter sudah masuk minggu ke-2. Cuma tinggal 2 minggu lagi, masuk minggu terakhir sebelum merencana diri dalam peperiksaan akhir (masih banyak yang belum di cover!). Satu tugasan akademik masih belum tentu hala lantaran tugasan yang melibatkan programming, bab yang perlukan seseorang yang expert membantu (baca :masih mencari).

Sudah lama berkira, bilakah diri ini dapat merasai ketenangan setelah berpenat-lelah di bilik? Badan ini perlukan juga kerehatan dari keserabutan di depan laptop ini. Badan ini perlukan juga ‘jalan-jalan’ meronda. Saya perlu juga membahagikan masa untuk ketenangan peribadi.

Mulanya menjemput adik-adik bersekali. Tapi, deringan telefon mereka langsung tidak berjawab. Seusai solat subuh jam 4.40pagi, tangan ini terus meluncuri google untuk mencari tempat yang dituju. Beberapa tempat sekitar London dipilih.

Jam 8 pagi, semua telah selesai. Disimpan segala poskod (berjalan menggunakan tom-tom, jimat masa!), dan memperlengkapkan diri. Dalam peti sejuk masih tersimpan kuih-muih semalam sempena majlis hari lahir seorang rakan. Panaskan kembali kuih itu untuk dijadikan alas perut pagi.

Jam 9pagi, sudah tercegat di pintu stesyen. Lupa! Tiket masih mahal kerana waktu peak-hour. Tidak ada discount pula untuk 16-25 Railcard. Sambil menunggu, habis satu stesyen dilawati. Dari kedai dobi, sehinggalah kedai buku. Jam 9.25pagi, mesin menunjukkan sudah boleh dibeli tiket dengan harga discount. Terus membeli dan meluncur terus ke Kota Metropolitan.

Tiba di Kota, terus disampaikan barang yang dipesan di rumah sahabat. Sambil melihat barang keperluan yang perlu dibawa pada pada cuti nanti, ada teman menjemput menikmati ayam tikka yang dimasak malam tadi. Nasi yang sejuk itu dinikmati. Habiskan apa yang berbaki (makan aje..).

Cepat-cepat pula bergerak ke tempat pilihan. Letak gambar sebagai kenang-kenangan!

dsc01249

Pemandangan ini sukar ditemui di Tanah Air. Basikal dibawa sekali untuk berjalan-jalan dan dibawa ke dalam train. (Duduk sambil berfikir apa yang berlaku di PRK 2  Bukit dan 1 Batang)

dsc01266Stesyen tube ini sudah memberikan gambaran yang tepat kemana mahu dituju. Sudah lama mengidam ke tempat ini.

dsc01259

Di depan official souvenir shop for Arsenal F.C (Jika perasan, beg yang dibawa adalah beg jenama M.U!)

dsc01271

Menuju ke London Muslim Centre. Di situ letaknya juga Masjid yang diberi nama East London Mosque (Whitechapel Raod). Untuk pengetahuan, ada solat jenazah warga Malaysia pada kedatangan saya itu. Berita itu diterima, dan saya bergegas menuju Masjid ini disamping menunaikan solat zohor berjemaah. Berita kematian itu ada di sini

dsc01269

Solat zohor di masjid ini membuatkan saya cukup bersemangat. Masjid penuh!  Ini solat zohor, bukan solat jumaat. Sesuatu yang perlu difikir bagaimana di tanah tumpah darah kita. Masjid cukup makmur. Rasa mahu pindah sini!

Selepas solat, makan Nasi Beriani Goreng. 6 orang kesemuanya. Ada 2 tetamu. 1 orang dari Cardiff, ada program penaja katanya dan seorang bussinessman. Perbualan disitu melayan bussinessman itu. Dari cerita pasal belajar sehinggalah politik semasa.Termasuklah juga berkenaan pilihanraya kecil. ‘SMS’ dari Malaysia saya terima. Alhamdulillah, menang lagi! Saya menyampaikan berita. Lama juga berbual di situ. (gambar tiada)

dsc01281

Menuju ke satu tempat. Gambar itu menunjukkan satu jambatan. Air yang mengalir di laluan itu merupakan satu laluan air yang dipanggil Thames River. Kawasan ini dimajukan menjadi tempat yang berdaya saing. Satu ketika dahulu, Thames River menjadi masalah kepada warga London akibat masalah banjir. Kini sudah tidak lagi.

dsc01282

Dulu selalu terfikir. London yang dianggap mempunyai bangunan yang tinggi-tinggi dan mencakar langit. Rupanya persepsi itu salah. Kota London penuh dengan historic buildings. Susah sangat mencari bangunan yang moden dan tinggi-tinggi. Rupanya, pembangunan London bersifat kawasan-kawasan tertentu.Jika anda ke London, bahagian timurnya baru ada bangunan seperti gambar diatas.

dsc01298

Cantik sungguh bangunan. Besar-besar dan mempunyai seni yang tinggi. Ditambah pemandangan menghijau. Kawasan itu luas. Mulanya dianggap tempat inilah dipanggil National Maritme Museum. Tom-tom kata tempat lain mulanya. Tapi, berdegil juga kerana terlalu apologetic pada gambar yang dilihat sebelum ini. Akhirnya sampai ke sini. Tidak ramai orang, dikesempatan itu diambil gambar ini untuk kenang-kenangan.

dsc01294

Puas mencari Muzium itu, tidak ketemu jua. Tidak nampak satupun papan arah. Dalam hati yakin, saya bukan berada di’jalan yang benar’. Terjumpa tong sampah ini. ‘Old Royal Naval College‘. Dalam bangunan itu ada bunyi muzik. Telefon teman yang belajar di Greenwich. Katanya, itu sekolah Muzik! Haha..

dsc01301

dsc01360

Sekejap saja. Ketemu jua National Maritime Museum! yee ha..

dsc01303

Hadapan muzium itu. Kebetulan, ada seorang lalu. Saya minta dia ambil gambar. ‘Cheese!’. Bila tengok balik, rupanya dia tak ambil gambar itu. Rasanya dia tak tekan button yang sepatutnya.

dsc01313

King George VI yang mula-mula rasmi, pastu di rasmi lagi oleh Queen Elizabeth II

dsc01309

Sapa amik kejuruteraan Mekanikal, bolehlah belajar sejarah perkapalan disini. Tidak rugi. Saya yang tak ada kaitan suka pada sejarah.

dsc01332

Destinasi seterusnya : Official Greenwich Meridian Line (Royal of Observatory )

dsc01343

Masa PMR dulu, subjek Geografi adalah subjek yang paling diminati. Cikgu yang baik dan cantik ditambah lagi dengan subjek berkenaan alam. Tidak mustahil Geografi dapat A dalam PMR. Huhu.. Antara perkara yang diajar adalah GMT (Greenwich Mean Time- centre of time based on Royal of Observatory). Akhirnya tiba juga disini! Line itulah yang menjadi line yang memisahkan masa 0000 dan 0100.

dsc01351

Nampakkah kakiku memijak sesuatu? Sebelah kiri adalah line dan atas tulisan ‘Singapore’ adalah ‘Kuala Lumpur’ yang sudutnya pada 101 degree dan 42″ East.

dsc01357

Taman : Depan itu ada budak yang bermain dengan abangnya. Tapi, tak jelas. Melihat telatah manusia.

dsc01361

Bagi mengisi masa petang, naik bas pulang ke Kota London. Bas 2 tingkat. Mula, mahu duduk depan, tapi seat dah penuh. Akhirnya duduk di tengah. Pelan asal ke Waterloo untuk terus pulang ke kampung halaman, tapi tertidur sehingga ke Russel Square. Tak apa, boleh jalan lagi.

dsc01372

Ambil keputusan menikmati keindahan Thames River sepanjang perjalanan ke Eye of London. Laluan itu dipanggil The Queen’s Walk.

dsc01382

Telatah badut di petang hari. Tong duit ada di depan. Bermain dengan kanak-kanak. Siapa yang letak duit dalam tong itu akan di buat persembahan. Layan..

dsc01389

Eye of London dari bawah. Teringin juga naik. Tapi, tidak sanggup berhabisan wang kerana keseorangan. Tunggulah jika ada teman-teman yang mahu naik sekali. Pandang dari bawah sahaja..

dsc01392a2

Rehat. Gendola atas kepala(tak nampak). Mata melihat feri-feri berulang alik. Sesekali orang lalu lalang. Dibelakang ada padang. Padang itulah menjadi tempat untuk solat bersendirian, orang tidak perasan pun kecuali seorang dua.. Memikir masa depan. Ya Allah,tunjukkanlah hambaMU ini kejalan yang benar, iaitu jalan yang diredhai olehMU (al-fatihah).

Ini hasil ‘satu hari mencari ketenangan‘ ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: