RSS Feed

Akhlak bukan lalang

Posted on

lalang1

Di kampus selatan satu ketika dahulu…

Tok..tok..tok… [pintu diketuk]

“Masuk….”, Jemput Ustaz Ismail Mustari.

“Assalamualaikum Ustaz…”, salam saya.

“Waalaikumussalam, duduk…”, pelawa Ustaz.

” Ustaz, saya minta maaf kerana tidak dapat menghadiri peperiksaan akhir semalam. Saya pening kepala”, aju saya memulakan bicara.

“Oh, awak ke yang tidak hadir itu…” ujar Ustaz Ismail.

“Ye saya, saya tidak tahu nak buat macamana. Saya ada call seorang BUDAK itu, ermmm..”, sambil memikir nama teman sekelas itu..

Lantas Ustaz mencelah.

“Budak? Budak sekolah mana ni?, budak ini (sambil menunjuk anaknya disebelah)?  atau budak  mana belajar di Universiti ini?,tambah Ustaz.

Berderau darah saya. Ucapan itu membuatkan Ustaz Ismail tidak begitu suka.

“Errr.. Kawan sekelas saya ustaz..”, saya cuba memperbetul ayat tadi…

Itulah sebahagian perbualan yang saya hadapi pada tahun 2002 [jika tidak silap]. Saya terlepas Peperiksaan Akhir salah satu subjek dibawah tanggungjawab Ustaz. Lantas, berjumpa dengannya.

Malu teramat bila mengingati peristiwa itu, sehinggakan jikalau boleh tidak mahu berjumpa dengannya lagi. Itu pada ketika itu.

Takdir Allah S.W.T, saya memang akan berjumpa dengan ustaz. Kuliyyahnya pada mula kurang saya minat, menjadi minat. Tuturkatanya yang berbudi bahasa dan berakhlak tinggi menjadi perbincangan sahabat-sahabat. Ditambah pula dia menjadi Penasihat Persatuan.

Bukan setakat itu, selepas beberapa tahun bersama, Ustaz mempelawa kami dan rakan-rakan ke Batu Pahat untuk sama-sama mengikuti Kuliyyah Pengajarannya ketika cuti semester. Bersama menaiki MPVnya itu bersama sahabat-sahabat lain.Banyak kisah yang dia kongsi bersama. Saya akui yang dia cukup ISTIMEWA!

Akhlak yang dimilikkinya bukan calang-calang. Lulusan dalam bidang Dakwah itu memang cukup saya akui keperibadian sebagai seorang pendakwah. Dia lain dari yang biasa. Pernah saya tulis sebelum ini, yang kuliyyahnya acapkali menjawab persoalan yang saya fikirkan ketika itu. Semacam ada satu ‘signal’ yang menghantar isyarat kepadanya untuk dia kupas dan selongkarkan. Kagum! Mungkin noise yang terhasil amat kecil sehinggakan dia mampu membaca fikiran saya?

Dia pernah berpesan pada saya, yang saya perlu berjumpa ramai orang untuk mengatasi kelemahan saya. Memangpun, saya jenis suka bersendirian, kerja disebalik tabir dan tidak mahu berada didepan. Tapi, ustaz cakap yang saya perlu jumpa ramai orang. Mungkin ada hikmahnya.

Kisah itu mengingatkan saya tentang peri pentingnya akhlak. Akhlak bukan main-main. Ianya mencerminkan keperibadian individu.

Firman Allah S.W.T :
“‘Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi’” (Surah Al-Qalam : 4)

Mahu jadi baginda, pertingkatkanlah akhlak. Begitu juga kes sehari dua ini di kampus. Saya terpaksa campurtangan bilamana hilangnya waras akhlak dalam penulisan mereka. Sikap orang liberal, mahu kebebasan tanpa syarat. Menulis sesuka hati. Asas yang Islam gariskan sudah ada. Cuma kita yang tidak berselera menggunanya.

Berbalik kes tadi,saya mengambil Peperiksaan Ulangan itu. Alhamdulillah, dapat A! Terima kasih Ustaz…

3 responses »

  1. Assalamualaikum,

    sungguh akhlak itu bukan lalang, saat tenang elok cantik, saat angin sedikit kencang habis melayang.

    Akhlak ustaz ismail musytari antara yang terindah pernah ana lihat, tidak pernah melihat kerut mukanya, senyum sentiasa. Begitu juga zaujahnya.

    Moga yang cantik dan indah itu mampu kita ambil panduan dan cuba praktiskan.

    Barakallahu fiik.

  2. jzakalallahu khairan kathiran jaza’…

    p/s : masih x kenal sapa itu nahwanNUR, wpun xutm.

  3. Erm, rasanya memang kita tidak berapa kenal. Malah ana sendiri tak kenal ustaz walau sesekali terperasan juga wajah ustaz.

    Apapun,
    nama penuh ana nurfadilah. Bukan MT PMI, ahli biasa saja. Mungkin juga sebab itu tiada yang mengenali.

    Ana batch bawah kak durratul khair.

    Wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: