RSS Feed

Selekoh Pertama

Posted on

Saya selalu cuba mengingati 3 selekoh ini. Selekoh tajam dalam transisi kehidupan alam belajar menuju ke alam realiti, dengan kata lain, alam teori dan alam amali. Kerja,kewangan dan perkahwinan. 3 perkara yang akan menjadi sibghah (celupan) yang agak besar dalam kehidupan.

Saya mahu sentuh berkenaan alam pekerjaan. Ianya berkait dengan kewangan dan juga berkaitan dengan alam perkahwinan. Semuanya saling berkaitan. Lebih kurang setahun bekerja secara formal, belum ditambah lagi 6 bulan bekerja sebagai buruh di salah sebuah Stesyen Minyak, ianya cukup mengajar saya yang alam inilah selekoh yang sukar untuk dihadapi. Memang cukup sukar.

Saya teringat akan sebuah buku yang ada di depan mata beberapa hari lepas. Buku bertajuk “Tafsir Surah AtTaubah“, karangan Tok Guru Nik Abdul Aziz, yang mengingatkan saya pada ayat 16 berkenaan ujian yang akan diterima kepada mereka berjihad (Nota : Surah AtTaubah tiada bacaan Alfatihah). Dicampur dengan janji Allah kepada kita yang manusia ini akan menghadapi ujian (rujuk Surah AlAnkabut: 2-3). Semuanya telah di JANJI kan!

Kisah Rasulullah S.A.W yang menimba ilmu penternakan dan perniagaan menjadi inspirasi sebenarnya. Kita sedia maklum, Rasulullah S.A.W adalah teladan umat. Menjadi ikutan kepada seluruh umat Islam yang mengaku dirinya adalah umat Islam (syahadah). Saya sering terfikir, mengapakah baginda Rasul mengembala diusia muda? Mengapa dia dikurniakan keistimewaan dalam berniaga? Apakah hikmah disebaliknya?

Berdikari

Selalu juga berfikir, mengapa ada dikalangan kita suka mencari jalan mudah. “Tak apalah, kerja ini cukuplah..”. Akhirnya terbelenggu dengan ‘restriction’ yang melampau-lampau. Jika sudah tahap itu, mengapa perlu ‘stay’ disitu lagi?

Saya kagum dan gembira melihat beberapa orang sahabat yang berdikari ini. Ada seorang yang cukup mengejutkan saya. Ketika kami dalam detik-detik terakhir bermuhasabah (gambar setelah muhasabah seperti dalam entri ini) setelah satu penggal memegang tampuk kepimpinan, kami semua bercerita tentang masa depan. Masing-masing sudah alam pelan tersendiri. Dia tidak pula menyebut apa yang dia buat pada hari ini. Tahniah kerana sudah membuka kedai milik dia dan Isteri.

pic_0023

Jamuan terakhir kami 1 : Memakai Jaket putih Fidaus JKSK bersama Suffian.Zaim dan Et memerhati.

pic_0024Jamuan terakhir kami 2 : Nazman dan Nik Haikal

Begitu juga yang seorang ini. Minat berniaga dari kampus (baca : orang Lujnah Ekonomi), telah terbawa-bawa ke luar kampus.  Tahniah semuanya!

Bila ditanya berkenaan kerjaya, saya serba salah menjawab.Serba salah, jika apa yang dikata tidak terlaksana. Maklumlah, ini soal perkara akan datang, tidak siapa menjangka. Jika dikatakan mahu membuka bisnes, setelah SWOT analisis dibuat, langsung tidak nampak kejayaannya. Ada teman menyebut bila saya bertanya tentang kerjaya, jawabnya mudah, ” Aku belajar letih-letih engineering, mengapa pula mahu jadi orang lain?”, wah! bukan main jawapannya. Secara umum, saya setuju dengan ayat itu.

Apapun, perancangan kita itu amatlah penting. Bukan letak satu target dan terus mengharap ianya terus muncul didepan mata, kerana pasti UJIAN didepan mata. Engineeringkah saya buat selama-lamanya?

2 responses »

  1. salam. saya link a.miji.

    ~teruskan perjuangan. allah tentukan kita ke tempat dan tugas masing-masing. Insyaallah, complete your study.

    ~all the best~

  2. jzklh uyun… semoga berjaya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: