RSS Feed

Kerajaan, Anti-Kerajaan, Parti Pemerintah dan Pembangkang

Posted on

malaysiaf

1. Tahun ini, Malaysia dianggap mencapai 52 tahun merdeka. Satu angka yang dianggap masih muda. Jika Portugis mencengkam Melaka selama 450 tahun, 52 tahun cuma dalam lingkungan 11 peratus atau satu per sembilan dari jumlah keseluruhan masa penjajahan oleh Portugis.

2. Budaya Melayu banyak menjadi teras kepada Negara Bangsa. Hakikatnya, kita sudah lupa Pengislaman Parameswara dan masuknya Islam di Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi titik tolak kepada budaya Islam-Melayu.

3. Budaya perlu selari dengan Islam, jika ianya bertentangan dengan Islam bermakna budaya itu wajib dihapuskan sama sekali. Saya lihat, budaya Melayu-Islam sudah lama ditanam tetapi masih juga unsur non-islamic masih terbawa-bawa.

4. Begitu juga dalam ‘mind-setting’ yang ditanam kepada rakyat. Kita dikelirukan dengan bermacam-macam perkara.

5. Sebagai contoh, kerajaan dan anti kerajaan begitu juga Parti Pemerintah dan Parti Pembangkang. Tapi, kita sering dikelirukan yang Kerajaan itu sama dengan Parti Pemerintah dan Anti Kerajaan adalah sama dengan Parti Pembangkang.

6. Walhal, itu adalah ‘term’ asas dalam politik Malaysia. Kita keliru bilamana menolak kewujudan perbezaan antara kerajaan dan pembangkang. Lebih teruk, Pembangkang itu adalah anti-kerajaan!

7. Sejelasnya, anti kerajaan saya lebih suka merujuk pada mereka yang tidak berpegang kepada prinsip demokrasi dinegara kita. Dengan ertikata lain, ianya bersifat menolak usaha-usaha pentadbir kerajaan dinegara kita.

8. Berlainan pula Parti Pemerintah dan Pembangkang, ianya adalah saling melengkapi (boleh dianggap compulsory) dalam Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah sistem pentadbiran Raja Berperlembagaan. Pembangkang adalah alternatif pada kerajaan dan ianya akan bertukar bilamana rakyat tidak gembira dengan Parti Pemerintah yang sedia ada bila maksimum 5 tahun Parti Pemerintah berkuasa.

9. Sedihnya, negara kita masih lagi tidak menerima peredaran zaman ini. Negara-negara barat yang dianggap negara kuffar mungkin ada ‘Islamnya’ dalam soal memilih pemerintah. Mereka berani bertukar kerajaan kerana mereka yakin rakyat adalah penilai kepada prestasi Kerajaan yang dipimpin Parti Pemerintah.

10. Sifirnya mudah, kita perlu menerima peredaran zaman. Bukan lagi berterusan memupuk politik perkauman semata-mata, yang seterusnya membangkitkan rasa kurang senang sesetengah pihak. Dalam masa yang sama, tidak menjadi isupun kepada isi Perlembagaan negara. Hal itu perlu sentiasa dijunjung dan dipelihara oleh semua warganegara.

11. Sebagai orang yakin dengan Islam adalah agama yang syumul dan addeen dalam hidup, saya yakin dengan memilih Islam sebagai teras dalam segala aspek kehidupan termasuklah dalam aspek Politik. Berjuanglah apa jua perkara, jika tidak didasari oleh Islam, pasti akan hanyut jua.

12. Kerajaan adalah jentera kepada dasar yang ditetapkan oleh Parti Pemerintah, Anti kerajaan adalah mereka yang protes kepada jentera kerajaan tanpa merujuk kepada pembangkang pun kerana mereka yang anti kerajaan ini adalah mereka yang tidak berpuashati dengan jentera kerajaan. Pembangkang adalah pelengkap kepada kerajaan yang berperanan dalam memberi alternatif lain berdasarkan prinsip perjuangan parti.

13. Sebagai contoh, asas perjuangan UMNO adalah untuk membela bangsa, PKR berasaskan keadilan, DAP berasaskan Malaysian Malaysia dan PAS berteraskan Islam.

13. Yakinlah. Islam pasti memimpin ummah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: