RSS Feed

Catatan Penghujung di Hujung Minggu

Posted on

You can’t work now, this is Sunday night man! Sergah lelaki itu. Terkejut seketika. Train yang dituju akan berlepas jam 11.45malam. Tempat dituju adalah kampung halaman di bumi asing ini. Sebenarnya, train malam ini antara yang terakhir. 43 minit dari sekarang, akan tibalah saya ke destinasi. Itu beza 43minit di Tanah air dan disini. Mereka tepat.

dsc01161Sedang menunggu train di Underground

Saya membuka laptop untuk menyiapkan tugasan yang pelbagai. Dari akademik dan non-academik,semua perlu dikejar sebaiknya. Alhamdulillah, minggu lepas berjaya menghantar laporan setebal 34 muka surat. Yang dimahukan cuma maksimum 20, tetapi terlalu banyak bahan yang perlu diberikan, maka terlebih juga.

Orang sini menganggap, weekend adalah ‘heaven’ bagi mereka. Kerana itu, tidak mustahil saya disergah sebegitu rupa ketika train mahu mula bergerak tadi. Weekend adalah masa untuk bergembira. Tidak ada kerja! Itulah budaya disini.

Saya merenung jauh.Apa yang orang-orang sini fikir tujuan hidup mereka?

Yang sudah berlalu :

NEXT,Sheffield

dsc01149Salah satu bangunan di University of Sheffield, boleh tahan..

Akhirnya saya tiba juga ke Sheffield. Dengan berbekalkan semangat untuk melihat tempat orang, dikesempatan itu juga kugagahi ke sana bagi mendapat sedikit ketenangan setelah kepeningan dengan manusia di tempat sendiri. Berhiburlah seadanya melihat  persembahan nasyid disana.

dsc01141Ustaz Erfino menjadi tetamu yang memberikan hadiah

Bergerak dengan kereta (sejak ke UK, asyik bergerak dengan kereta-almaklumlah, minyak tak mahal!), akhirnya dapat juga merasai bermalam dirumah Abang Safuan (jangan jeles orang Malaysia). Dapat juga merasa mi rebus dan mi kari disana. Terima kasih Abang Safuan sekeluarga.

dsc01114Abang Safuan dan anaknya, Umar

Ketika program berehat menunggu sessi keputusan, maka berjalan-jalanlah sekitar bangunan Student Union itu. Seperti biasa, Ustaz Erfino telah mengambil gambar kami (ada gambar saya di dalam blognya-harap tak ada spekulasi disini). Ustaz Erfino cukup rapat terutama warga London. Disebabkan wilayah tempat belajarku hanya berdekatan,saya dianggap warga  London jugalah!

Tiba-tiba, ada satu panggilan. Wah! saya berlari menjauhi sahabat-sahabat kerana ada panggilan BEST. Apa yang BEST itu..? Huhu.. Lama juga berbual berkenaan soal itu, sehinggakan waktu rehat telah tamat pun, masih belum kusedari.

Spring

Walaupun Spring term masuk minggu ke-10 (final kian menjelma kawan!), seminggu dua ini baru kelihatan bunga-bunga ditaman. Cantik benar pemandangan. Segar mata memandang. Allah S.W.T menganugerahkan bumi ini cantik untuk kita sama-sama berfikir kebesaran illahi.Allahukabar!

dsc011531

dsc01155Bunga-bunga yang makin mekar, cantik!

Sahabat di Malaysia.

Ramai yang berkahwin. Dari XKT sehinggalah XUTM, semuanya ada menjemput. Saya doakan mereka bahagia anak cucu, lebih dari itu terus istiqamah dengan Islam untuk mencapai redhaNYA. InsyaAllah, doakan giliran saya akan menjelma dalam masa yang terdekat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: