RSS Feed

PPSMI

Posted on

Siang tadi, di tanah air berlakunya perhimpuan menentang PPSMI. Saya melihat dari jauh. Tanah tumpah darahku sejak PRU-12, masih lagi tidak menentu politiknya. Tinggalkan isu itu sebentar…

Jam 5 petang pada hari ini berlangsungnya latihan bolasepak sempena Sheffield Games hujung minggu depan. Sudah lama tidak turun ke Padang. Sementelah menunggu beberapa lama untuk bermain bola, hari ini merupakan hari yang cukup ditunggu-tunggu.

dsc01083Tempat latihan hari ini. Bukan padang biasa-biasa!

Yang turun ke Varsity Centre pada hari ini cukup memuaskan. Memadai untuk diadakan satu latihan. Sejam lebih bermain, akhirnya pasukan gabungan saya bersama rakan-rakan Indonesia (Gangga dan 2 lagi temannya) menjaringkan lebih gol berbanding pasukan lawan. Saya berada di pintu gol, posisi kegemaran sejak bangku rendah lagi.

dsc01075Teman bertiga : Illustrasi

Pulang ke bilik bersama 2 teman. Perjalanan memakan masa 20 minit itu, saya bongkarkan persoalan yang berlaku di  Tanah air itu untuk kami perbincangkan.

Ada seorang teman memperlekeh, ” Aku tidak paham orang-orang itu, kita hendak maju kehadapan“, ujar dia.

Benda seremeh itu mahu dibuat perhimpunan..“, tambah dia lagi.

Tersentak saya mendengar pendapatnya. Saya timbulkan persoalan. “Adakah ko meneliti fakta terlebih dahulu?, tidak adil memberikan pendapat semberono..”, terang saya.

Seorang teman lagi, bersetuju dengan pendapat saya.

Panjang juga perbualan, tapi setiap hujah dia, saya pasti dapat mematahkan hujahnya.  Perbualan tamat setelah tiba ke tempat penginapan.

Kekadang sedih juga. Tamatnya akhbar jawi satu ketika dahulu, 50tahun kemudian baru kita merasai kehilangannya. Hilang satu budaya yang tidak ada tolak bandingnya. Kata Sasterawan  Negara, SN A. Samad Said, kerajaan boleh membelanjakan berbillion untuk PPSMI, mengapa tidak bahasa Melayu? (-kaget seketika mendengar hujahnya).

Saya banyak kali membaca beberapa fakta, kajian dan komentar pejuang bahasa menentang perlaksanaan PPSMI. Begitu juga kenyataan Menteri dan penyokong PPSMI. Setelah ditimbangtara, saya lebih menjurus kepada pejuang bahasa tadi.

Saya lebih gemarkan fakta, kajian dan komentar. Bukan retorik yang lebih gemarkan menegangkan benang yang sudah basah.

Jangan terkejut, jika saya katakan orang putih tempat saya belajar ini lebih separuh tidak boleh membaca! Begitulah, dinegara yang kita anggap terlalu kehadapan berbanding kita. Itu belum masuk penguasaan sains dan matematik lagi. Apakah penguasaan BI untuk sains dan matematik dari sekolah rendah menjamin anak-anak kecik kita faham apa itu matematik dan sains dari awal lagi? Bagaimana pula anak orang luar bandar?

Saya bimbang, yang dipegang tak dapat, yang dikendong pula berkeciciran. Tamadun yang hebat-hebat berdiri atas bahasa mereka sendiri. Adakah kita akan memecahkan rekod dunia dengan menggunakan bahasa asing apabila kita mencapai tamadun kita sendiri nanti?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: