RSS Feed

Reunion 2009

Posted on

Tahun 1999 telah berlalu hampir 10 tahun yang lalu. Ketika itu, saya berada di tingkatan 5 dan akan menghadapi SPM pada penghujung pengajian. MRSMKT itulah tempat pengajian saya selama 2 tahun itu. Alhamdulillah, dapat juga merasa sekolah yang bertaraf asrama penuh. Secara keseluaruhan, sejak dari tingkatan 1 lagi, saya sudah biasa tinggal di asrama.

Ketika di hari-hari terakhir pengajian, diputuskan selepas 10 tahun itu, kami akan membuat satu ‘gathering-reunion’ kembali pelajar-pelajar XKT 98-99. Semua mengingatkan akan tentang bagaimana wajah-wajah diantara kita (XKT) selepas 10 tahun nanti.

Ada yang sudah berkeluarga, ada yang akan menamatkan zaman bujang, ada yang sudah beranak-pinak dan bermacam-macam situasi dikalangan kita. Indahnya zaman persekolahan. Tidak dilupakan beberapa orang teman yang sudah meninggalkan alam yang fana’ ini. Alfatihah, dari mana kita datang, dan kesitulah tempat kita kembali lagi.

Dengan sedihnya, saya cuma dapat mengikuti perkembangan rakan-rakan yang akan mengadakan program itu pada 3-5 April 2009 ini. Tahniah pada jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Fathullah@Amin.

picture-071

Program Adikku Sayang (29-31/3/2003): Bersama teman-teman ketika jamuan terakhir program-diraikan oleh pentadbiran Maktab

Kali terakhir bersama-sama rakan XKT ketika program Adikku Sayang. Itulah kali terakhir. Rindu benar berjumpa rakan-rakan lama. Tapi, apakan daya..

Info Reunion :
Register
Blog
Yahoogroups

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: