RSS Feed

Situ-sini

Posted on

Tidak pernah terfikir, hujung minggu berangkat ke kepulauan dan kembali semula ke daratan selepas tamat hujung minggu. Dan selepas ini kembali dengan kerja ‘itu’ dan ‘ini’. Dulu, masa dalam keadaan ‘stress teramat’ melihatkan nasib diri, Allah telah gantikan dengan pengalaman yang cukup tinggi nilainya. Tidak keruan hambamu ini merintih kesyukuran sementelah berdoa.

Sejak sekian lama menantikan ‘pautan’ bersama sahabat, Alhamdulillah saya merasai lagi sepertimana yang saya alami ketika latihan di perkebunan itu. Kali ini ditempat yang teristimewa.

Saya berbisik pada teman, yang saya tidak cermat berpidato. Kerja di sebalik tabir, itulah kegemaran. Tidak suka untuk dikenali. Alih-alih, dituju juga. Perhimpunan itu berakhir dengan saya kaku dikerusi tanpa berdiri memberikan kata-kata. Biarlah disimpan saja pandangan, kemudian diluahkan pada hati yang menjadi teman pendengar setia ketika berkeseorangan.

img_0117

Review kembali :Bersama sahabat-sahabat ketika menuju Lata Belatan, namun tersekat seketika lantaran banjir dipertengahan jalan (8 Disember 2005).

Melihat teman-teman lain berhujah dan berkongsi pandangan, fikiran ini seringkali teringat sahabat di tempat lahir. Mungkin wajah 2-3 orang teman disini saling tak tumpah dengan sahabat di ‘sana’. Seperti ulangan cerita kali ke dua, wajah yang hampir sama.

Hati celaru melihat amanah ini, apatah lagi tanggungjawab wajib ini semestinya tertunai. Mahu atau tidak, sebagai askar yang setia pada Panglima, amanah diterima sebaiknya

Ku pandang jauh, mampukah aku hidup 30tahun lagi dan menjadi lebih baik setiap hari. Paling tidak kukumpul ‘penuh’ amalan untuk menemui ketua bidadari itu…(titik!)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: