Entah macamana, circle malam ini bercerita tentang mati.
Mulanya cerita pasal incident yang teruk ‘live’ di depan mata seorang sahabat dari London menuju ke teratak kami ini. Masuk pula cerita si adik, kisah dua orang abangnya yang mengalami kematian kemalangan. Circle jadi hiba seketika…
Seorang naqib import dari Kota London, tinggi ilmu dia..
Alhamdulillah, diberi kesempatan mengajak beberapa orang yang tidak pernah join circle ini. Dan bersyukur teramat sangat yang mereka sanggup datang malam ini..
Saya tanpa segan silu memberitahu umur saya. Wah.. semua terkejut dengan angka itu. Kata mereka, tidak disangka!
Biarlah umur fizikal bertambah, namun pemikiran kita tetap kehadapan. Pertambahan umur fizikal memberitahu yang kita mahu atau tidak akan masuk ke alam lain pula. Janji Allah memang pasti.
Sayunya, amalan seorang hamba itu bila meninggalkan dunia fana’ ini cuma ada 3, doa anak yang soleh,ilmu bermanfaat dan sedekah jariah kita. Saya ada kurang lagi mengisi itu..
Merenung jauh.. esok akan mati?