RSS Feed

Krisis Kuasa Perak : Persoalan?

Posted on

Berikut persoalan-persoalan yang perlu diteliti oleh semua pihak.Harap sesiapa yang mengikuti perkembangan ini mencari maklumat beberapa persoalan yang ada:-

1. Siapakah subjek yang terlibat dalam kes ini?

2. Bagaimana lompat ini terjadi?

3. Adakah timbul unsur wang/rasuah/tekanan/ugutan/ancaman dll  untuk lompat?

4. Kehilangan 2  adun PKR selama 5 hari dengan alasan sakit, dan tiba-tiba muncul dalam sidang akhbar Najib? Boleh percaya? -rujuk kes ini

5. Mengapa tergesa-gesa dilantik MB baru sedangkan berlaku pertindihan pemahaman berkenaan undang-undang- (bebeza tafsiran). Mengapa tidak diselesaikan di Mahkamah terlebih dahulu?

6. Pejabat MB (Ir. Nizar) telah dikosongkan barangnya tanpa perletakan rasmi jawantan beliau. Siapakah yang masuk dengan sesuka hati? Adakah tidak menjadi kesalahan mengambil barang peribadi tanpa notis?

7. Najib terkenal dengan Kes Altantuya-hilang dan didapati di bom menggunakan C4, kemudian kehilangan Balasundram-selepas membuat pengakuan bersumpah berkenaan kes  Altantuya. Adakah Najib terlibat dalam ‘cara gelap’ untuk kes ini-kehilangan 2 adun PKR dan 2 lagi, adun DAP dan UMNO yang telah masuk PKR dan menukar kembali status?

8. Soal berkenaan media utama- mengapa di’highlight’ isu Derhaka pada sultan, sedangkan isu sekarang kepatuhan kepada kuasa dan perlembagaan. Yang dituntut adalah keputusan Mahkamah dan berasaskan perlembagaan yang ada. Namun, ada beberapa ‘clash’ dalam pentafsiran undang-undang. Mengapa tidak di rujuk terlebih dahulu di Mahkamah tinggi, bukannya menjadikan kemelut ini lebih rumit? Mengapa dihadapkan KDYMM Tuanku AlSultan dalam kes ini?

9. Adakah dengan luhurnya kita mengikut perlembagaan, akan mengikis kedaulatan kita pada raja? Yang diperjuang adalah berasaskan perlembagaan, bukannya derhaka pada raja?

10. Sudahkah kita mencari jawapan di kedua-dua belah pihak? Tanya selera..

Rujuk artikel di sini dan lagi

interesting article : click here

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: