RSS Feed

Politik Lompang

Posted on

1. Rasa TERLALU pelik TERAMAT sangat apa yang terjadi di negeri ‘Kome’. Durian masih berbunge, belum lagi mengeluarkan buah. Tapi, reaksinya macam dah masak durian itu. Entohler.

2. Rakyat dengan undi mereka telah menyatakan bahawa undi mereka pada Pakatan (Jumlah undi popular Pakatan Rakyat sebanyak 442,660 undi dan BN 399,565 undi). Walaupun bezanya cuma satu undi pun, itulah namanya Demokrasi. Semua patut akur dan sedar, bila rakyat telah membuat keputusan, maka bermakna semua pihak perlu menerima keputusan tersebut.

3. Undang-undang telah termaktub. Agak pelik, JIKALAH mahu ‘hijack’ pun Pakatan dengan ‘konsep tidak bermoral (tidak salah dari segi undang-undang)’, mengapakah prosesnya tidak mengikut undang-undang yang tersedia.

4. Kata Prof. undang-undang :-

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

5. Ini pula beberapa catatan di Facebook Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin:-

Nor Sahidah Bt Hamid wrote at 10:12pm

Tidak pernah sekali pun pemimpin tertinggi BN yang berjiwa seperti dato sri. Sanggup memberi kuliah subuh di setiap masjid. memberi tazkirah di surau-surau jabatan kerajaan.Semua dilakukan tanpa sambutan carpet,kompang dan imbuhan. Boleh menjadi imam dengan wirid yang panjang. Talkin kan jenazah, memberi khutbah tanpa teks. Anak2 yang berjaya dunia…

Mohd Shahrir wrote at 10:14pm

Mereka (BN) tewas kepada nafsu dan ketamakan untuk merampas kuasa..kebencian yang meluap dikalangan seluruh rakyat akan akan terbayar juga Insya Allah…Dato’ Seri terus bersabar. Demi Allah dan Rasul, kebatilan tidak pernah kekal. Allah bersama-sama orang yang sabar

Dheva Naveendran Appavoo wrote at 9:43pm

dato seri, i’ve always regarded you as a very good leader and at this point of time where we are facing this diemma, you can be well assured that all the RAKYAT is in support of you and our prayers will always be there for you and the entire PAKATAN RAKYAT.

Mohd Ezli Mashut wrote at 11:56pm

Rampasan kuasa ini akan menjadi detik kebangkitan rakyat untuk terus mengangkat martabat Pakatan Rakyat di Malaysia. Tragedi ini umpama tindakan Zionist Israel yang menzalimi Hamas di Palestin…Ayuh bangkit rakyat pertahan Kerajaan Rakyat Perak…

6. Secara peribadi, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin amat CEMERLANG dalam meneraju pentadbiran negeri Perak selama 11 bulan ini. Jikalah proses ‘hijack’ ini berterusan dan berjaya, tinggalah kenangan yang menjadi lipatan sejarah Malaysia.

7. Ayuh, disinilah ujian terbesar. Disinilah akan tertapisnya insan-insan yang terus komited dalam perjuangan dengan mereka yang terus ‘munafik’ dalam perjuangan. ‘Pembelot-pembelot’ itu pastinya dikenang sampai bila-bila.

8. Islam tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Apatah lagi, apa yang ada seisi dunia belum mampu mengatasinya. Kepada pejuang Islam, perjuangan tetap diteruskan walau menang atau kalah. Perjuangan sehingga akhir hayat.

9. Najib, teruskanlah  dengan politik tidak siumanmu itu. Allah Maha berkuasa!

10. Politik kerana apa?

p/s : teringat kisah tipisnya DUN Kelantan selepas PRU11 yang lalu, dimana cuma perbezaan 1 kerusi DUN yang memisahkan pemerintahan Kelantan dibawah Kerajaan Islam. Walaupun ditawar berjuta-juta, namun atas prinsip Islam,  cubaan itu gagal. Kata rakan, “Puok-puok ini akan mati akal jika wang tidak dapat membeli perjuangan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: