RSS Feed

Rakan sekerja

Posted on

Entah bagaimana, fikiran ini teringat kisah-kisah indah di alam pekerjaan tahun lalu. Berjalan dari hujung Semenyih sehinggalah ke Menara TM, kadang-kadang tersesat ke  Sungai Renggam, Shah Alam sana.

Beberapa bulan pertama, asyik turun ke Bangi. Tengahari bergelap dibilik ‘itu’ sehinggalah belajar sesuatu di bilik ‘itu’. Mengenali hati budi Abg Zul (Pakcik sebenarnya), yang saya anggap antara senior di tempat kerja.

abg-dzulBercermin mata hitam : Abg Dzul kita sama-sama meminjam kenderaan Abg Mior kerana Kancil masih diservis

Terfikir seketika mengapa saya cepat-cepat ‘booking’ untuk digandingkan bersama. Kerana tersilap orang, akhirnya memilih dia sebagai tempat belajar. Teringat lagi di hari pertama, mendapat ‘job’ itu. Dialah yang banyak mengajar kerja lapangan. Dari punch sehinggalah yang apa-apa kerja berkaitan.

Mana ada kerja yang tidak pernah ‘tension’. Pastinya ada dan akan dilalui. Abg Mie dihari-hari terakhir kerja selalu mengeluh apa akan jadi selepas ini. Ya lah, dia yang paling muda dikalangan empat jejaka ofis Cheras itu. Seawal pagi, dialah yang membuat ‘coordinate’ kerja-kerja. Ah, bukan seawal pagi, tetapi petang sehari sebelumnya dikumpul job yang ada. Itu belum tentu ‘standby’ yang di’rotate’ setiap 4 hari!

doket-pusat-lat-public-bankKerja Lewat Malam : Circuit Highspeed down di sini. Puas mencari dimana ‘error’ di pusat server itu.

Banyak sebenarnya boleh diceritakan berkenaan teman sekerja  tempohari. Saya banyak belajar bagaimana bertoleransi dengan senior-senior dan bersikap matang dalam membuat tindakan. Begitu juga bagaimana teringatkan diri menenangkan rakan-rakan yang ada juga baran. Haha.. indah sungguh.

nadia-di-cabinet-2Ajar minah ni buat kerja tengah panas. Biar dia rasa!

Pulang malaysia, saya mahu turun Cheras!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: