RSS Feed

Kawan dan kawen

Posted on

Kawanku sibuk dengan perancangan mahu berkawin. Sebagai rakan, saya tidak putus-putus memberikan sokongan. Bantu itu dan ini.

Diberitahu hajatnya pada si bapa, jawapan positif. Flow kedua, diberitahu si ibu, erm… negatif sedikit. Kesian dia. Apapun, saya cukup berharap impian dia terlaksana. Sudah lama dia memeram buah mempelam itu. Nanti busuk pula jadinya. Dari dosa, saya doa dia dapat banyak pahala dengan berumahtangga.

Itulah ibu-ibu, tidak memahami si anak yang kemaruk bercinta dan mahu berkawin. Kawinkan saja mereka ini.Asyik risau saja…

Tadi, kawanku meminta rakanku(perempuan) yang seorang yang telahpun berkahwin untuk membantu memujuk ibunya(ops : rakan sekelas kami yang seorang ini baru saja berkahwin awal ogos 2008,beberapa minggu sebelum terbang:nanti kutulis kisah betapa gigihnya dia!). Diapun akan membantu. Sukanya..

InsyaAllah, pulang malaysia bulan 6 atau 7 nanti dapat berasa nasi minyaklah! Aku berdoa semoga selamat semuanya..

Aku

Ketika program semalam, tugasku untuk menjaga muzik nyanyian kumpulan nasyid yang kami baru tubuhkan di sini. Buat pertama kali rakan-rakan semua!

Sebagai penjaga muzik, saya berada diluar dewan. Sambil keboringan menunggu 50minit video Palestine itu, diambil kesempatan menjaga budak kecik berumur 5 bulan (teringat anak saudaraku di kampung halaman yang berjumlah 28 orang dan 2 orang cucu saudara!). Haha..

50 minit saja masanya menjaganya, rasanya seperti 50 jam! Kalaulah aku masih bujang(menganggap diri sudah ada anak ketika itu)… Bebasnya kemana saja.

Huh! Kawin wajib

Kerana itulah pahala orang kawin dengan yang masih bujang cukup tinggi jurangnya. Kerana, dugaannya cukup besar. Waima, kehidupan manusia sunnatullah berpasangan. Terima atau tidak, itulah ketetapan naluri manusia.

Itulah, saya serahkan saja isu ini kepada ‘jabatan‘ itu untuk selesaikan. Mereka lebih arif, dan lebih berpengalaman. InsyaAllah, tibalah masanya nanti. Kami mahu tubuhkan pasukan mereka yang berkawin ketika belajar di Universiti ini. Biar, rakan-rakan di sini mengikuti kami, kahwin waktu belajar. Lebih manis di LUAR NEGARA!

i do not love

p/s : gambar itu saya terjumpa entah dimana.. sampai hari ini tak faham apa maksud gambar itu sebenarnya,walaupun interpretasi individu mungkin berbeze. Since, wordpress can’t upload picture for many times i’ve tried, i put this picture as unknown illustration. Pada saya gambar ini memberitahu, yang saya tidak patut cinta pada ‘siapa-siapa’.Hakikatnya, iman kita sering berbolak-balik (turun-naik), dan kita mahu jaga cinta kita kepada yang sepatutnya.

*’siapa-siapa’ : orang diluar muhrim kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: