RSS Feed

Belajar

Posted on

“Kita mahu belajar, belajar ditempat yang terbaik”, jelas A(lebih kurang) ketika kami dalam perjalanan pulang.

Tersentak seketika dengan pernyataan itu. Memang tidak terkata apa-apa. Sudah terperangkap dengan idea sendiri. Memang saya kena akur dengan ayat itu.

Semalam sudah masuk penggal baru. Syukur, diberi masih lagi berpeluang untuk menikmati nikmat dunia yang fana’ ini.Alangkah bagus, nikmat syurga itu dapat dilihat didepan mata? Kerana syurga itu mahallah, menyebabkan ujian itu cukup besar didunia.

Semalam kebetulan belajar Analog Electronics. Dr. Simon segera bercerita pasal berkenaan kelas yang akan dihadapi semester ini. Dr. Carey akan saya jumpai lagi dalam ‘part’ ke-2 pada minggu 10-12.

Syukur, tajuk BJT telah berjaya dihabiskan semalam. Kebetulan, tajuk itu secara spesifik telah 2 kali belajar di 2 tempat berbeza. Ini masuk yang ke-3 melangkapkan angka ganjil. InsyaAllah, ada hikmah mengulang banyak kali.

Walaupun pernah mengikuti subjek ini sebelumnya, ianya bukan alasan untuk meremehkan subjek ini. Positif disini, tidaklah terlalu tertekan dengan speech Dr. Simon yang pekat berbangsa Inggeris tempatan. Faham sajalah..

InsyaAllah, semester ini akan menjadi yang terbaik, dan sebagai seorang yang beragama Islam, hari-hari mendatang adalah hari yang terbaik dari hari yang sebelumnya. Saya berdoa moga semester ini berjalan dengan penuh lancar dan tersusun baik dari Akademik dan gerak kerja Islam. Ameen. Doakan saya!

Tambah :-

good article i’ve read : http://www.ibnujunaidi.iluvislam.com/?p=28

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: