Kurang seminggu lagi, semester akan berlangsung. Sebulan berehat, sudah hampir selesai. Cuti sempena Krismas oleh masyarakat ‘sekular’ ini menjadi hari terpenting buat mereka. Krismas bagi mereka, bukan perayaan keagamaan, namun satu perayaan yang dianggap perayaan budaya, atau dengan kata lain perayaan ikut-ikutan.
Bila tragedi renaissance berlaku satu ketika dahulu, pihak gereja telah dilihat menyalahgunakan gereja sebagai agama untuk kepentingan paderi-paderi. Ramai yang marah dengan perlakuan itu, lantas menerobos agama mereka untuk dipisah-pisahkan kepada juzuk-juzuk tertentu yang dinamakan Secularism .
Lantas, ini dibawa ke negara-negara jajahan British untuk dianuti. Mulanya dilihat berjaya, namun makin hari, sudah jelas akal cetek manusia tidak mampu menandingi sunnatullah. Manusia perlu Islam dalam kehidupan. Islam SEMUANYA! Hari ini lihat saja bandaranya London, masyarakat muslim kian meningkat.
Sudah tentu, bulan December terkenal dengan Boxing Day. Hari ‘Boxing Day’ adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh warga disini. Kata dari mulut ke mulut, harganya jatuh lebih murah dari yang biasa. Maka, berangkutlah semua orang mencari tempat yang besar jualannya diseluruh negara. Maka.. berjalanlah…
Isi masa yang kosong >>> Kuliyyah Ust. Azhar Idrus (mantap!)