RSS Feed

Bath – dongeng yang menjadi cerita

Posted on

Perjalanan sebelum ini telah melalui Stonehenge. ‘City of  Bath’ terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari Stonehenge. Alhamdulillah, teknologi ‘tom-tom’ telah memudahkan perjalanan ini kerana semuanya dipantau oleh satelite.

Bath sinonim dengan tradisi Arkitek Roman dan Georgian . Pembangunan bandar disini adalah berpusat di ‘hot spring waters’ yang menjadi tarikan utama. Bangunan yang akan menjadi tarikan disini adalah Bath Abbey dan Bath Spa’s

Asal bandar ini masih dipenuhi misteri dan lagenda. Mengikut hikayat, City of Bath ditemui oleh Bladud, anak kepada Raja Hudibras iaitu Raja ke-8 Britons. Bladud ini telah dibuang oleh ayahnya sehinggalah sampai ke tempat ini.

Rasanya, UK ini cukup menitikberatkan nilai tradisi dan warisan. Apa saja bangunan yang lama, tetap akan dikekalkan, malah ianya terus di warisi dari generasi ke generasi. Itulah nilai yang di pupuk dalam masyarakat mereka.

Bath Abbey adalah nama yang popular kepada The Abbey Church of Saint Peter and Saint Paul gereja Anglican Parish. Bangunan ini dikelaskan sebagai ‘grade 1 listed building’ oleh kerajaan iaitu bangunan yang dikira ‘outstanding architectural’ dan ‘historic interest’ dan dilindungi oleh ‘Town and Country Planning Act 1947’

Bath Spa pula diceritakan sebagai tempat Putera Bladud sembuh dari sejenis penyakit kusta (leprosy) setelah mandi di kolam spa yang panas dan berselut ini. Sebagai mengenang tempat ini, Bladud telah membuka ‘City of Bath’ ini sempena mengenang tempat yang telah ‘menyelamatkannya’ setelah di berjaya menjadi Raja (9th King of the Briton-supposed father of King Lear) dan City of Bath telah diambil sempena tempat dia mandi (bath)- (nota : entah apa-apa King Bladud ini).

Dari tahun ke tahun selepas itu, Bath Spa telah di komersialkan sebagai tempat pelancongan sehingga hari ini dimana telah dibina Pump Room dan Roman Tample (Bath Abbey) dan bandar yang dikira cukup bersejarah.

dsc00380

Salah satu shop yang ada di Bath Abbey, tuhan di jual dengan harga semasa £99. Namun masuk hari ‘boxing day’, harga tuhan jatuh £20 kepada £79. Boleh ke macamtu? Tak berfikir lagi ke?

dsc00340

Papan arah ke Bath Abbey entrance

dsc00333

Bath Abbey (besar juga) : memuatkan seramai 1200 orang

img_8112

Berehat antara Bath Abbey dan Bath Spa. 2 orang dihujung itu berlagak seperti bersanding (nak kawin ke?)

img_8101

Bath Abbey

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: