RSS Feed

Cerita-cerita sekitar 2008

Posted on

Alhamdulillah, saya kembali menulis setelah mengharungi perjalanan demi perjalanan selepas selesai saja peperiksaan tempohari.Syukur kerana berpeluang mengisi ruang yang ada ber’jaulah’ sehingga ke Glasgow pada cuti winter tahun ini.

Tahun Hijrah 1429 dan Masihi 2008 telah pun berakhir. Kemuncaknya, kedajalan Yahudi laknatullah mensasarkan peluru buatan Amerika tepat pada saudara kita di Palestin. Jauh dari itu, darah rakyat Palestin terus menjadi ujian bermakna kepada tentera Yahudi untuk menilai kemampuan ‘bodoh’ mereka.

palestine

Kanak-kanak ini tidak mengerti apa-apa..

palestine-child

Hanya ini yang mampu dilawan

israel_palestine

Kanak-kanak dimedan perang. Bersalahkah mereka?

002-0725213133-israel-palestine

Padankah lawan sebegini?

free_palestine

Let’s make Palestin Free!

Penderitaan saudara seagama perlulah dirasai oleh seluruh genap pelusuk umat islam diseluruh dunia. Setitis darah syahid mereka perlulah diambil iktibar dan pengajaran yang cukup tinggi nilainya. Dengan kemampuan yang cukup terbatas, ditambah keperluan yang minimum, darah mereka mempertahankan Masjid Al-Aqsa bagi mereka tidak dapat menandingi semangat jihad mereka. Allahuakbar!

Semalam berbual panjang dalam ‘weekly circle’ setelah beberapa minggu bercuti.Surah Alhujurat telah kami tadabbur bersama. Ralatnya, tiada tafsir seperti tafsir fil-zilall atau tafir ibnu katsir dibawa bersama. Akhirnya, setelah di berikan makna terus dibuat kesimpulan berkenaan surah tersebut mengikut ingatan yang ada. InsyaAllah, mahu dibelek selepas ini..

Perjalanan

Jaulah cuti ini tidak sehebat sesetengah rakan yang lain. Ada yang menuju ke Paris, Barcelona dan ada yang mengunjungi seluruh Eropah! Saya yang masih baru, akhirnya mampu menghadirkan diri ke Glasgow selama 4 hari. Tempat spesifik adalah di Lapwing dan Loch Lomond,Scotland.

100_0238

Seperti yang diketahui, percutian musim sejuk di benua UK/Eire ini dipenuhi oleh beberapa program Islamik yang dibawakan oleh pelajar di sini. Antaranya adalah Perhimpunan Musim Sejuk (PMS), Perhimpunan Ukhuwah Islamiyyah Seluruh Ireland (PUISI) dan Fun with iLuvislam’s Youth in Overseas (FUiYO).

Memandangkan program PMS telah mendapat tempat seawal lagi sejak tiba di bumi UK, tahun ini alhamdulillah dapat menghadiri program ini. InsyaAllah, dalam perancangan pada masa mendatang, saya mahu berkunjung ke bumi Ireland untuk program PUISI dan FUiYO pula. Barulah adil namanya… (boleh ke?)

Setakat hari ini, sudah tidak ada lagi perancangan untuk kemana-mana. Mungkin paling jauhpun sekitar London sahaja. Hari-hari terisi dengan melingkari internet yang sememangnya jauh lajunya berbanding Malaysia.

Review kembali tahun 2008:-

Januari 2008 : masih lagi bekerja di Johor. Memulakan permohonan sambung belajar di luar negara

Februari 2008 : Mula bekerja di Selangor (Cheras) di salah sebuah GLC.

Mac 2008 : Proses transisi di tempat kerja baru

April 2008 : Dipanggil untuk di temuduga ke luar negara. Kerja seperti biasa.

Mei 2008 : Keputusan temuduga berjaya. Mendapat ‘unconditional offer’. Kerja dan terus kerja.

Jun 2008 : Minyak naik gila-gila. Tunggu surat rasmi. Kerja lagi.

Julai 2008 : Kursus BTN. Menduduki IELTS. Urusan penaja. Busiest month!

Ogos 2008 : VISA,FamilyDay dan urusan fly

September 2008 : Ramadhan+Raya Puasa buat pertama kali di UK. Kelas berjalan

Oktober 2008 : Akademik oh akademik

November 2008 : Akademik lagi

Disember 2008 : Peperiksaan Akhir dan Jalan-jalan.

Nota Palestin :

Sumbangan Rakyat Palestin

Protest and Action Alert

Nota Kuala Terengganu :

Update Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: