RSS Feed

Persepsi

Posted on

Dalam satu bulatan, ditengahnya ada sebiji kotak. Tidak diketahui apa gunanya dan isi kandungannya.

Semua yang mengelilingi kotak tersebut, berteka-teki.

Jika 30 orang, berbagai-bagai pendapat dan pandangan yang terkeluar. Semua logik akal semata-mata.

Bagaimana mahu mengetahui disebalik kotak itu?

Begitulah hari ini, membuat satu tanggapan adalah cukup mudah. Namun, membersihkan kembali tanggapan yang salah itu cukup sukar. Jika seorang Jurutera Struktur memberikan komen berkenaan system Elektrik disebuah sekolah yang di kendalikan oleh  Jurutera Elektrik dan pasukannya, bagaimana boleh memberikan komentar yang bernas. Patut diserahkan pada yang mengendalikannya.

Selalu juga kita memberikan suatu persepsi yang kita tidak tahu apa asasnya, atau tidak cermat dalam membuat pertimbangan. Lantaran itu, orang lain teraniaya. Kerana apa, mulut kita ‘becok’ membuat satu tanggapan yang salah!

Nabi S.A.W pernah bersabda: ” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

p/s : saya tahu dia membaca blog ini (satu persepsi atau berserta bukti?)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: