RSS Feed

Kritikal

Posted on

Semalam, hari terakhir untuk Autumn 2008. satu semester sudah berlalu. Lebih kurang 3 bulan dan 17 hari berada dibenua yang mulanya asing, yang kini menjadi tempat bermukimnya saya.

Semalam, dikesempatan masa yang ada memperlengkap barang-barang keperluan di sebuah ‘hypermarket’ (sudah tidak asing lagi jika berada di sini). Bersama 2 orang rakan sekelas, kami sama-sama menapak menuju ke gedung itu. Entah bagaimana, seorang sahabat telah mengimbau catatan semalam, dan bagaimana dia menghargai ‘talk’ tersebut. Katanya, dia cukup ‘menghargai’ apa yang dibicarakan semalam.

Yang seorang lagi, asalnya mahu hadir, namun keletihan yang teramat membuatkannya membatalkan saja perancangan itu disaat akhir.Saya berusaha memujuknya, namun apakan daya. Akhirnya, kami berdua saja dari ‘batch’ kami yang ‘terpilih’ untuk menghadiri program itu. Syukur padaNYA kerana masih memilih kami (moga-moga mendapat redhaNYA).

Panjang lebar juga kami berbual pasal ‘kehidupan’, mengapa ‘kita’ didunia dan berbagai-bagai persoalan ‘kritikal’ yang kami bualkan. Seolah-olah, kami seorang yang berfalsafah (bukan berfalSAMPAH!). Sejujurnya, itulah yang membuatkan saya terharu, kerana rakan saya yang dua orang ini masih lagi berbicara waras mengenai kehidupan dan seadilnya, berkaitan kita dan PENCIPTA, Allah S.W.T..

Aku mahu SESUATU, berkongsi SESUATU dan menghargai SESUATU!

p/s : offline seketika, berkelana.. kemungkinan kembali tahun hadapan, atau awal sedikit. InsyaALlah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: