RSS Feed

Tahan diri

Posted on

Pagi ini sudah ada satu paket ‘doughnut tesco’ yang dibeli semalam atas meja. Betapa keinginan mahu merasai donut itu untuk mengisi poket pagi ini. Tekak juga terasa haus walaupun malam tadi sudah dihabiskan 1pint air kosong.

Hari ini hari khamis bersamaan dengan 6 Dzulhijjah. Kebiasaan, Isnin dan Khamis sudah terbiasa untuk menjalani amalan sunat yang dituntut ini.Lebih dari itu, sekurangnya dapat juga menampung dosa-dosa kecil yang tidak terperi diri ini. Moga amalan yang sedikit ini mendapat nilai disisinya.. Ameen.

Berpada-pada

Masih teringat kuliah Ust. Ismail Mustari ketika kampus di Malaysia dulu. Kadang-kadang terasa pelik juga, ketika saya berhadapan masalah, ketika itulah kuliah maghribnya akan secara langsung menjawab persoalan-persoalan yang terfikir dikepala. Banyak juga pengalaman sebegitu.

Saya masih ingat betapa penekanan amalan berpuasa sunat ini selalu dibangkitkan oleh Ustaz.Namun, adakalanya kita perlu mengikut keutamaan untuk menjalani amalan sunat dalam ketika berhadapan dengan masyarakat. Jika ada majlis, mengapa kita terpaksa mendahulukan berpuasa sunat dihari biasa, sedangkan meraikan tetamu juga perlu diberikan perhatian? Bukankah itu juga satu amalan? Berpada-padalah..

Saya teringat akan Kuliah Ust. Ismail itu. Wanto, tolong kirim salam takzim saya pada Ustaz!

2 responses »

  1. Salam mJ
    memang ustaz ibarat wali pada mata kasar kita.
    Kuliah beliau akan menjawab persoalan yang terbuku dalam diri. Aku pun begitu juga
    Untuk pengetahuan ko, aku dah lama tak jumpa ustaz. Semalam tiba2 aja jumpa ustaz di MSI. Bertegur sapa dengan ustaz kesayangan kita itu.
    Hari ini, ko pula minta kirimkan salam pada nya.
    Adakah ini satu kebetulan.
    Yea, aku begitu merindui waktu dulu2…

  2. Ya.. mula-mula dulu tak paham apa ust cakap. lama-lama jadi best!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: