RSS Feed

Nota kaki (5S)

Posted on

i. Sepi

Lama juga menyepi dari tulisan sendiri. Bukan tidak ada masa berbaki, tetapi lebih suka hanya melayari. Riuh sungguh suasana alam maya, sehingga saya tidak sempat mengikuti. Begitu juga dengan FB. Sungguh rasa terkesan dengan sajak itu. Di mana mahu cari ganti?

ii. Stamina

Jam baru 11.13 pagi Khamis. Perut berbunyi lagi. Dah berazam mahu melangsaikan 2 hari untuk menikmati sunnah Rasulullah S.A.W. Antara rahsia untuk mendidik jiwa. Biar jiwa lapar, kerana perut akan kenyang maka banyaklah kerenah mendatang. Entah mengapa perut sejak sebulan dua ini cepat merajuk. Agaknya, saya kurang memujuk. Oh perut, engkaulah sebahagian dari aku..

iii. Studi

Separuh masa pertama. Bermonolog mengenang kesilapan itu. Betul kata Ustaz Nabir ketika PERGH3 baru-baru ini, selamat hari mati buat masa yang telah berlalu. Motivasi, istiqamahlah engkau.

iv. Suri

Sebahagian saya adalah Suri. Lebih elok saya kata, kami cuba melengkapi. Saya menekuni tulisan pejuang. Jauh benar mahu menjadi Fateh ke-II. Betul kata mereka yang berpengalaman, masuk alam lain, berlainan dugaan. Masuk kampung lain, lain pula cabaran. Sejadah tidak laku lagi dengan titisan air mata. Saya jauh tertinggal. Benda yang tertinggal, janganlah tinggal semua. Saya kutip benda yang boleh dikutip. Suri pula dalam bulan-bulan terakhir belajarnya, begitu juga saya. Semoga dunia kami datang dunia baru sebagai menghiasi BaitulMuslim ini.

v. Siasah.

Siasah sungguh serabut. Serabut mengurus manusia pelbagai. Tulisan Cha ini, sungguh mudah. Sokong ‘Islam’, maka kita menyokong ‘Prinsip’. Tapi, semudah tulisan ini pun, manusia tak mampu juga hadam. Bukan salah prinsip, salah pada sistem dan juga metadologi. Itulah yang saya kagumi dengan warna-warni kumpulan dakwah yang ada. Siasah bukan?

 

 

 

 

Untuk catatan terakhir, terbaca hadis ini :

Rasulullah SAW ditanya, apakah dianggap ‘Asabiyyah jika seseorang itu mengasihi kaumnya? Baginda SAW menjawab, “TIDAK, AKAN TETAPI APA YANG DIANGGAP SEBAGAI ‘ASABIYYAH ITU IALAH APABILA SESEORANG ITU MENOLONG KAUMNYA ATAS KEZALIMAN!” [Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, hadith Wathilah bin al-Asqa']

Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: